Kembali bercerita tentang nostalgia ketika aku bekerja suatu ketika dahulu. Pada cuti sem yang lepas, aku tidak melepaskan peluang untuk mencari rezeki. Nando's Jusco Tebrau City di Johor merupakan satu restoran yang menjadi tempat ke-empat aku bekerja. Aku ditugaskan menjadi penyambut pelanggan yang akan mengiringi pelanggan sehingga ke meja makan. Menyambut pelanggan, mengambil order, mengelap meja makan dan membersihkan lantai, itulah kerja - kerja aku disini. Aku bekerja di bulan suci buat orang yang beragama islam iaitu bulan Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan, diri ini sibuk bekerja malah di bulan Syawal iaitu hari perayaan aku memaksa diri untuk bekerja tanpa cuti. Walaupun ditinggalkan keluarga untuk menyambut perayaan di kampung, aku sempat bersalam -salaman dengan mak dan abah tercinta pada hari raya pertama. Aku sangat bangga mempunyai keluarga yang amat mengambil berat dan menyayangi diriku. Aku seorang yang degil tetapi mak dan abah merestukan diriku untuk bekerja. Hari raya merupakan hari untuk keluarga berkumpul. Aku bahagia kerana dapat menatap wajah mak, abah dan adik - beradik yag lain sebelum mereka berangkat ke kampung. Aku sangat bahagia.
Hanya gambar yang dapat membuatkan aku tersenyum lebar apabila melihat dan menatapnya.
Riang gembira bersama keluarga di Hari Raya.
Sayang mak!
Sayang abah!
Kenangan bergambar ketika kami sibuk bekerja di Hari Raya. :)
No comments:
Post a Comment