Pages

Tuesday 24 September 2013

Pendahuluan

Assalamualaikum pembuka bicara. Dengan lafaz alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana aku masih bernafas dengan menhirup udara yang segar dimuka bumi ini. Entri ini dihasilkan sebagai pembuka coretan yang mendahului coretan - coretanku tentang nostalgia. Sejurus dengan itu, blog ini adalah blog kedua yang dihasilkan untuk aku mencoretkan kisah - kisah yang bertemakan nostalgia. Ini adalah berdasarkan arahan yang ditugaskan melalui tugasan kursus elektif yang mempengaruhi diriku untuk mendaftar subjek ini iaitu Penulisan kreatif. Arahan berbunyi begini :

Pelajar dikehendaki menyediakan satu blog peribadi sebagai premis penghasilan cerpen. Entri harus dibuat sekurang-kurangnya 2 dalam seminggu. Pensyarah dan pelajar lain boleh komen blog. Tema semester ini adalah “nostalgia”. Pelajar akan menulis tentang nostalgia dari pelbagai perspektif. Blog boleh diisi dengan catatan, gambar, video, lagu, peta atau lakaran.

Senyuman terukir apabila aku dapati salah satu tugasan kursus merupakan salah satu hobi ketika aku ada kelapangan. Aku sangat bertuah kerana mengambil kursus ini walaupun aku hanya pelajar dalam bidang perniagaan. Kursus ini mengubah diriku dari segi gaya bahasa dan penulisan. Jika dibandingkan dengan blog pertama Muntahan Mazmumtaz , aku akan mengkritik. Blog pertama berbeza dari segi tajuk blog dan gaya bahasa. InshaAllah, blog ini akan kususun kata - kata dan ejaan dengan ejaan yang betul. Ucapan terima kasih ku ucapkan kepada UKM, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, penyarah yang mengajar kursus ini Prof. Madya Dr. Mawar Binti Safei, dan tidak akan ku lupa ucapan terima kasih ditujukan kepada kedua ibu bapa yang paling kusayang. Tanpa Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani, aku tidak akan lahir menjadi zuriat dan anak kepada mak dan abah. 

Walaupun aku keseorangan tanpa kawan mendaftar kursus ini di dalam kelas kursus ini, kenalan -kenalan baru akan menjadi rakan seperjuangan untuk memenuhi syarat dalam menghabiskan dan menamatkan pelajaran di UKM. InsyaAllah.

Saya akhiri dengan ucapan terima kasih sekiranya ada yang sudi melawat blog ini dan membaca entri ini.
Entri seterusnya akan diterbitkan pada waktu anda sedang tidur melelapkan mata atau ketika anda sedang menaip dan melakar cerita indah di blog masing - masing. :)

Assalamualaikum,
Masni Mohd Ton.

Terima kasih kerana sudi membaca.kalau rajin komen la ye.hee

1 comment:

  1. Sdr Masni
    terima kasih kerana mendaftar kursus ini.
    terus menulis dengan bahasa Melayu yang indah!

    ReplyDelete